Keadaan semasa Tragedi_Highland_Towers

Dua blok yang masih tegak berdiri utuh.

Pada tahun 1995, terdapat perancangan untuk membaikpulih Blok 2 dan 3 untuk didiami semula namun pemeriksaan mendapati bangunan itu tidak lagi selamat untuk didiami.[13] Maka satu-satunya pilihan yang ada ialah merobohkannya. Pihak berkuasa menyatakan 2 blok lain iaitu Blok 2 dan Blok 3 tidak selamat diduduki, akan roboh bila-bila masa dan mereka mesti pindah ke lokasi lain.[perlu rujukan] Tetapi sehingga kini masih tidak roboh atau runtuh. Highland Towers tidak lagi didiami hari ini. Ia dibiarkan telah ditumbuhi semak samun dan menjadi mangsa sasaran laku musnah. Jadi sebenarnya pakar geoteknik masih tidak dapat meramal dengan tepat bila dan di mana tanah runtuh akan berlaku.

Pada September 2018, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengumumkan dua blok Highland Towers akan dirobohkan dalam tempoh sebulan. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan ditugaskan untuk membuat perobohan.[14] Tapak pangsapuri tersebut juga akan dijadikan sebuah taman rekreasi.[15]Rancangaya berubah beberapa kali dan akhirnya ditettapkan untuk membina 50 banglo dan sebuah taman rekriasi.Walau bagaimanapun,ia terpaksa ditangguhkan kerana isu undang-undang

Rujukan

WikiPedia: Tragedi_Highland_Towers http://www.amyikram.com/2010/12/highland-towers-di... http://www.budiey.com/in-memory-of-the-highland-to... http://www.historyasia.com/synopsis.aspx?libId=140... http://www.lawyerment.com.my/library/doc/laws/case... http://www.sinarharian.com.my/highland-tower-buat-... http://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.hba.org.my/archive/focus/HT/1993/12-18T...